Harga Emas Turun Banyak, Apa Strategi Pelaburan Emas Anda?

Kenapa Harga Emas Turun Banyak?

Pada hari jumaat 12 April yang lalu harga emas telah berjaya melepasi paras harga Support yang boleh dikatakan agak kuat, dimana sebelum ini telah ada beberapa percubaan untuk melepasi paras tersebut, namun gagal.

Tetapi pada kali ini harga emas telah berjaya melepasinya, dan ada pelbagai faktor yang menyebabkan ia berlaku, diantaranya ialah :

Cyprus sell-off fears send gold price tumbling | Business | The Guardian

1. Tindakan cyprus menjual 13.9 tan rizab emas milik negara nya utk dana suntikan pemulihan ekonomi semasa.

Gold drops as Goldman Sachs cuts price outlook By Investing.com

2. Tindakan para pelabur jangka pendek (trader) ekoran Kebimbangan selepas menyaksikan tindakan Goldman Sachs menurunkan paras harga ramalan prestasi PURATA harga emas bagi tahun 2013.

Gold plunges as weak retail and sentiment data spark bear market talk By Investing.com

3. Tindakan para pelabur yang menjualkan pegangan ekuiti dalam pelaburan dan membeli Bond sebagai langkah menyelamatkan nilai Dollar dari terus merudum ekoran laporan mengenai sentimen pengguna yang buruk pada 12 april 2013 yang lalu.

Anda boleh baca update mengenai ini di FACEBOOK PAGE saya.

Harga Emas Ketika Ini

Harga emas ketika ini boleh dikatakan berada pada paras yang terendah sejak Julai 2011 yang lalu.

gold price 15.4.13

Harga Emas Public Gold 12-15 April 2013

Cuba compare harga sekarang ni dengan harga pada bulan Februari 2011 ni, hampir sama kan..?

harga emas PG 21.2.11

Analisis Harga Emas 15 April 2013

Untuk membaca analisis harga emas yang sebelum ini, anda boleh KLIK SINI.

analisis harga emas 15.4.13

1. Harga emas ketika ini telah melepasi paras harga support yang sebelumnya iaitu pada garisan merah diatas, dan kini harga emas berada benar-benar diatas paras harga support terbaru yang berwarna hijau.

2. Paras harga support sekarang ini adalah paras support yang sama sekitar bulan April – Julai 2011.

3. Paras harga support adalah paras yang menghalang harga emas daripada terus turun, dan secara teknikal, pada paras tersebut wujud kebarangkalian besar untuk harga berpatah balik semula ke atas kerana para pelabur jangka pendek (trader) yang sentiasa memerhatikan paras2 ini akan segera memasuki dagangan untuk membuat belian, sebaik sahaja harga semasa menghampiri atau menyentuh paras2 support ini.

4. Walaubagaimanapun, pada waktu2 tertentu apabila terdapat sentimen kuat yang mempengaruhi pasaran, paras tersebut masih dapat dilepasi, contohnya seperti yang berlaku pada jumaat malam minggu lalu.

5. Paras support tersebut berjaya dilepasi berikutan jumlah penjualan (penawaran) lebih tinggi berbanding jumlah belian (permintaan) ekoran beberapa data yang mempengaruhi sentimen pelabur.

Strategi Pelaburan

Strategi yang dapat diambil berdasarkan analisis diatas ialah:

1. Jika anda belum pernah membeli emas dan ingin memulakan pelaburan emas, paras harga emas sekarang ini amat sesuai untuk anda bermula.

Sebab : Kerana harga emas ketika ini berada benar-benar pada paras harga support. Paras harga terbaik untuk membuat sebarang belian adalah ketika harga semasa berada hampir atau menyentuh paras harga support.

2. Jika anda telah membeli ketika harga emas berada pada paras harga support sebelum ini iaitu sekitar $1650/oz dan ke bawah, mungkin anda tidak perlu membeli lagi sekarang.

Sebab : Kerana paras harga belian sebelum ini dengan paras harga sekarang ini agak hampir, dan kurang berbaloi untuk menambahkan lagi belian. Jarak yang optimum untuk anda membuat belian tambahan adalah apabila sekurang-kurangnya jarak peratus (%) perbezaan belian sebelum ini dengan harga semasa melebih peratus (%) spread produk emas yang dipilih.

Pemilihan Produk Pelaburan Emas

Dalam pergerakan harga emas yang kecil seperti sekarang ini, memilih produk emas yang kadar spread nya paling rendah adalah satu langkah yang terbaik.

Ini kerana anda akan berupaya meraih keuntungan walaupun perubahan harga yang berlaku agak kecil, disamping keuntungan bersih yang anda perolehi bila ia dijual semula selepas tolak spread akan lebih banyak berbanding jika anda memilih produk emas yang kadar spread/susut nilai nya tinggi.

Kalau anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan Spread, KLIK SINI.

Untuk bulan april ini, Public Gold mengadakan promosi yang memberi peluang untuk anda membeli emas yang kadar spread nya rendah, sekaligus melayakkan anda menjadi dealer/ejen public gold bila anda membuat belian minima Dinar Emas sebanyak 25 Dinar.

promosi april.001

Nak tau kelebihan bila anda membeli emas dan menjadi ejen Public Gold? Anda boleh baca DI SINI.

Bagaimana langkah-langkah nak membeli emas atau mendaftar sebagai dealer? Baca DI SINI.

Oh ya, anda juga boleh membeli secara ansuran dengan 4 kali bayaran selama 4 bulan. Info lanjut boleh dibaca DI SINI.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai tips-tips pemilihan produk emas, baca DI SINI.

Untuk melihat harga emas terkini Public Gold, KLIK SINI.

Anda boleh mendapatkan update terkini harga emas dari masa ke semasa dari facebook page saya. Anda hanya perlu klik LIKE pada facebook page saya DI SINI.